Posted by: Fathi Yusof | November 12, 2008

Susu soya bagi bayi alahan protein susu lembu

SUSU ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi dan telah terbukti ia mampu menguatkan daya ketahanan untuk menentang cirit-birit, ruam, alahan, jangkitan telinga dan masalah kesihatan yang lain.

Namun, sesetengah ibu terpaksa berhenti menyusukan anak mereka lebih awal daripada tempoh sepatutnya akibat beberapa faktor, seperti kesibukan berkerja, air susu berkurangan dan menggantikannya dengan susu rumusan.

Pada waktu ini kebanyakan ibu cenderung memilih susu rumusan berasaskan susu lembu untuk anak mereka.

Namun, kajian terbaru menunjukkan bahawa terdapat beberapa kes kanak-kanak atau bayi tidak dapat menerima rumusan berasaskan susu lembu setelah ibu berhenti menyusukan anak mereka dengan susu ibu.

Kanak-kanak ini mudah mengalami kerengsaan, menangis selama berjam-jam (kembung) dan sebahagian daripada mereka mungkin mengalami ruam, ekzema, cirit-birit atau muntah.

Keadaan ini dikenali sebagai alahan kepada protein susu lembu (APSL).

APSL adalah tindak balas luar biasa sistem imun terhadap protein yang terdapat di dalam susu rumusan berasaskan susu lembu.

Susu lembu merupakan bahan alahan yang paling umum dihadapi kanak-kanak. Ia mengandungi lebih daripada 30 bahan protein dan banyak antara bahan-bahan ini mampu mencetuskan tindak balas alahan.

Kanak-kanak yang mengalami APSL menunjukkan gejala-gejala alahan sejurus selepas mengambil susu atau produk-produk yang mengandungi susu lembu.

Menurut Pakar Pediatrik, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Choy Yew Sing, terdapat tiga peringkat gejala umum alahan kepada protein susu lembu yang mengakibatkan komplikasi kesihatan pada kulit, usus dan sistem pernafasan.

Peringkat pertama, reaksi APSL segera, iaitu alahan muncul secara tiba-tiba selepas 45 minit meminum susu.

Antara gejalanya termasuk kolik, cirit-birit, muntah-muntah, ruam, ekzema, sesak nafas atau bersin.
Reaksi di peringkat yang kedua muncul antara 45 minit hingga 20 jam setelah meminum susu lembu, yang mana antara gejalanya ialah muntah dan cirit birit.

Manakala reaksi lambat pula ialah gejala alahan muncul 24 jam selepas meminum susu seperti cirit-birit, ekzema, sesak nafas dan bersin.

Kejadian APSL di kalangan bayi dilaporkan antara 0.5 peratus hingga 7.5 peratus. Kejadian ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Sejarah keluarga dipercayai merupakan punca utama yang menyebabkan APSL. Seorang kanak-kanak dipercayai mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap alahan kepada susu lembu jika abang atau kakaknya juga menghadapi alahan yang sama.

Memberi susu rumusan yang berasaskan susu lembu pada usia lebih awal juga dianggap mempunyai kaitan dengan peningkatan kejadian APSL.

“Protein susu telah dibahagikan kepada dua jenis protein utama iaitu kasein dan wei. Kasein ialah protein susu yang paling biasa digunakan dalam industri makanan.

“Proses penghadaman protein akan menghasilkan lebih 100 jenis antigen berlainan yang berpotensi untuk mencetus reaksi alahan. Pecahan setiap protein susu yang dihadamkan ini mungkin akan mencetuskan pengeluaran antibodi tertentu yang seterusnya mengakibatkan tindak balas imunisasi yang berlainan dan kompleks,” katanya.

Menurutnya, jika ibu bapa mengesyaki anak-anak mereka menunjukkan salah satu daripada gejala-gejala yang disebutkan tadi, boleh berhubung segera dengan doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan.

“Adalah penting untuk mendapatkan diagnosis yang tepat sebelum mencuba sebarang cara penyelesaian,” katanya.

Setakat ini menurut Yew Sing, tiada rawatan terhadap kanak-kanak yang menghidapi APSL dan langkah utama untuk menanganinya ialah dengan mengelakkan pengambilan susu lembu dan mengganti-kannya dengan makanan yang bebas daripada protein susu lembu.

Menurut Pakar Pemakanan dari Pusat Perubatan Menara Berkembar KLCC, Farah Diba Khan, dari segi pemakanan kanak-kanak boleh diberikan susu rumusan alternatif seperti susu rumusan hidrolisis terperinci, susu rumusan amino asid atau susu rumusan berasaskan soya.

“Susu rumusan hidrolisis terperinci dan susu rumusan amino asid amat berkesan dan mempunyai kadar toleransi yang baik di kalangan kanak-kanak yang menghidap APSL.

“Bagaimanapun, kedua-dua jenis susu rumusan ini adalah mahal dan rasanya tidak begitu sedap di mana ibu mungkin terpaksa memujuk anak untuk meminumnya,” katanya.

Susu rumusan separa hidrolisis pula adalah tidak selamat dan tidak disarankan untuk rawatan APSL kerana berupaya menyebabkan reaksi alahan.

Alternatif terbaik untuk diberikan kepada bayi atau kanak-kanak adalah susu rumusan berasaskan soya yang telah digunakan bagi menggantikan susu lembu sejak tahun 1909 lagi.
Pada tahun 1929, rumusan berasaskan soya telah digunakan sebagai rumusan gantian bagi kanak-kanak yang menghadapi APSL.

“Alahan terhadap soya tidak sekerap seperti alahan kepada protein susu lembu. Bagaimanapun, dianggarkan 10 hingga 35 peratus daripada kanak-kanak yang menghadapi alahan kepada protein susu lembu juga dilaporkan tidak dapat menerima protein soya.

“Namun, dari segi nilai pemakanan, susu rumusan berasaskan soya kaya dengan nutrein penting yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat.

“Sumber protein rumusan berasaskan soya dikenali sebagai asingan protein soya. Ia merupakan protein berkualiti tinggi yang dapat membekalkan sembilan jenis asid amino yang penting bagi memenuhi keperluan tumbesaran kanak-kanak,” katanya.

Akademi Jawatankuasa Pemakanan Pediatrik Amerika (AAPCON) mengesahkan bahawa susu rumusan berasaskan soya adalah selamat untuk diminum dan mampu membekalkan nutrien yang mencukupi untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi yang sihat.

Oleh Rosmah Dain

About these ads

Responses

  1. sy bg royal mix, campuran soya dan madu… amat bagus..

    • royal mix mmg bgus…

      • de jual kt pasaraya biase or farmasi ker?mahal x?

  2. so susu apa yg terbaik untuk bayi selain susu badan?

  3. boleh bg sy jenis2 susu soya d pasaran

  4. baby sy ada mslh ekzema,sy try juga bagi susu soya isomil advanced IQ,memang ok pada kulit tp mslhnya berak pulak tak ok,najis dia kehitam2man mcm tahi kambing, siap sembelit lg..menangis2 nak berak jd sy tukar balik pada susu lama..lactogen mslhnya pulak kulit tak ok,merah2 gatal2, tp najis ok x de pulak sembelit..sy ada juga try guna dumex dulac tp mslh sama juga sembelit..jd soalan sy ada tak susu khusus untuk baby ekzema ni?

    • susu yg ada tulis hypo-allergenic..cth brand enfalac HA

      • saya baru baca kriman u yg tnpa nme so saya nk tnya lh sesuai ke susu yg u mksud kn nya 2..Enfalac Ha..saya da juga beli susu 2 but my baby x nk mnum pla susu 2..x thu lh npe dn puas saya try bgi..

    • try isomil..so fa my baby ok..sblm ni 2 bln menangis x henti2..kembung.

    • my bb pon mse die minum isomil, najis die agak keras,,then, tnye doc, die kte, sukatan susu tu kurangkn, ei 1 scoop=60ml, jadikan 1 scoop=90ml.(isomil kan scoop die besar) :) my bb kne ekzema,,tu yg kne tuka susu tu,,mse die minum bebelac tu, ok je najis die,,tpi tktahan tngok kulit die,,makin truk dh,,sian,,tu yg tuka susu tu,,ni pon bru je 2nd tin yg besa,,

      lgi stu, u bgi tak ur baby air suam? sbb doc kte jugak, bb klau kurang air suam pon, najis keras,,so, yg sye amalkan skrg, sye bgi bb sye minum air suam 2x a day,,alhamdullilah, die yak pon dah ok,,

      awak try la ye,,

  5. baby saya berumur 9 bln….. langsung tak nak minum susu rumusan,cuma minum susu badan dan air putih..
    badannya kurus..saya sgt risau..saya nak cuba susu soya…tapi jenis apa yg sesuai ya?

    • susu enfalac soya prosobee

      • alergi susu..

  6. my baby baru berusia 3 bln..skg ni sy tgh usaha cari susu terbaik untuknya…coz anak saya ni alergi susu lembu..n skg sy tgh try susu isomil..ok tu ok..x sakit perut n x nangis2 lg..tp masalah dia x nak minum..skali minum 2’oz..then 4,5 jam x nak minum…saya pening la..

  7. my baby skrg ni susu bdn tpi da ekzema sekali so susu pa ye yg sesuai for my baby yg da ekzema ni?..

  8. anak saya dah 18 bln.dia minum susu formula sejak umur 6bulan.ok jer.tapi dia tak bleh makan makanan yg berasaskan santan kelapa..kalau ader santan kelapa atau adik beradik ngan kelapa,kulit nyer jadi merah..dier tak sakit tapi mulut nyer akan bertompok merah untuk lebih kurang 15min tuk ilang..kesian,kalau makan nasik,asyik makan sup ngan goreng2 jer..kuih2 dan gulai tak bleh makan.tlong kalau ader sesapa leh tlg

    • Huda misti telur pun dia akan alami alahan kemerah-merahan kan..
      Doktor kata tak n kena biasakan… Makan jer makanan2 bersantan
      tu kerana lama kelamaan akan ilang alahan tersebut..

  9. anak sy unor 3 bulan, ada ekzema jgk….tp sy bg susu bdn je…so sy la yg kena berpantang…x blh mkn benda yg gatal..so far ok la..kulit pun dah ok sejak guna ubat doktor. skg ni nk bg anak minum susu formula sbb kdg2 xsempat nak perah susu bdn memandangkan sy bekerja..masalah anak sy plak dia x nak susu tin…skg sy guna susu ducth lady je…puas sy suap tp dia xnak…susu apa yg sedap n bagus untuk bayi….?

  10. anak sy berumur 1 thn 8 bln. dia mengalami gatal2 di seluruh badan…br2 ni sy berjumpa dr dan dinasihatkan supaya menggunakan susu berasaskan soya…tp sy ada terbaca tentang susu soya tdk bagus utk jangka ms panjang….susu apa yg tdk berasaskan soya yg sesuai dgn anak sy….tolong bantu….

  11. anak saya br 2 bln lebih da 5 hari cirit birit..tiap kali menyusu mesti tercirit..kalu xmyusu ok pulak..sblm nie minum susu snow tp start die cirit sy tkar isomil advance..tp xde perubahan pun.pi klinik doktor kasi gripe water jer..so sy nak buat cmne risau sesgt

    • ANAK SAYA PUN MENYUSUH SNOW TAPI SEBAB NA TUKAR KE SUSU DUGRO ANAK SAYA MULA ALAMI KEMBUNG PERUT…SO SAYA TUKAR KE SUSU SNOW SEMUL A.TAPI DA TERLAMBAT KERANA ANAK SAYA DA MULA ALAMI CERET-BERET YANG TERUK..BAWA KE KLINIK PAKAR KANAK2..DIA CADANGKAN GUNA ISOMIL EYE-Q PLUS KHAS UNTUK MASALAH CERET BERET.BARU ANAK SAYA OK SEHINGGA SEKARANG..

  12. anak saya kurang menyusu satu hari dalam 6 jam ke 7 jam bru 2 oz sahaja dia nusu lepas tu jga klau dia sudah menyusu dia ada muntah dia makn dumex dulax dulu dia menyusu s26 lepas tu kerongkong dia tak brp bgu lepas tu novalic tapi bert bdn tak naik lepas tu anmum tapi dia muntah lepas mnyusu last bru dumex mula dia 1 bln lbh ok lps dua bln dia jarg nusu mlm sekali ja menyusu susu apa yang terbaik untuk dia??

  13. anak saya baru 4 bln lebih, sekarang ni dia mengalami cirit-birit dan muntah, skrg ni dah masuk 3 hari..ia amat merisaukan saya..berat badanya mulai susut, dan berlaku hidrasi, saya cuba bagi susu novalac utk cirit-birit tp dia x mahu minum..apa yg patut saya buat..ada petua ke..susu apa yang sesuai..

    • Pn Norhidadarila. Cuba susu berasaskan soya seperti Isomil. Harap berkesan insyaallah.

  14. saye bagi anak saye susu nursoy berasaskan soya jenis wyeth..okeyla…
    betul ke susu soya tak elok utk jangka masa panjang??nak tukar ape yg okey??

    • YE KER ANK U MINUM NURSOY..OK X TUMBESARAN DIA…PLZ BLAS..SBB SY DH RISAU MEMIKIRKAN SUSU YG SOYA YG SESUAI MEMNDANGKN ALAH SUSU LEMBU

  15. ade spe2 yg blh bgtau x jenis susu dipasaran yg berasakan soya selain isomil?

    • kalau tak salah saya namanyer nursoy..keluaran wyeth

  16. sya nak tanya, bayi sya mengalami nafas yg berbunyi spt ada kahak tp bila check dgn dktr,dktr ckp bkn masalah kahak, adakah bayi sya mengalami alahan susu? Lagi satu, sya dah byk cuba susu rumusan tp najis bayi sya hijau gelap sgt, skrg bayi sya menyusu enfalac A+ pun dan masih mengalami masalah yg sama. Patut kah sya berikan bayi saya susu yang berasaskan soya?

    • ank saya juga minum enfalac A+…masa alami masalah cirit birit n kahak doc suggest enfalac A+ prosobee soya base punyela…alhamdulillah dah elok…cuma susu ni mmg susah nk dpt sbb jual kt klinik n farmasi je…tp tak bnyk…nasib dpt supply dr supplier hosp. n harganye lebih murah sedikit..klau minat cari sy d facebook NORM NAOMIE sy bg no contact person itu…

  17. ank sy b’usia setahun.. Minum susu isomil.. Tp berat badan naik x bnyak.. Sy amat risau, adakah minum susu isomil membuatkn berat bdn ank sy x selari dgn umur..

  18. salam,btul ke ade org ckp susu b,asas soya ni mgluarkan hormon estrogen?

  19. anak saya baru berusia 2 bulan…sekarang ni dah start susu campur coz susu badan x banyak…sekarang saya pakai product s26..baby saya ok,buang air semua ok..tapi ade ruam susu pulak:( kalau nak tukar product berasaskan soya takut pulak sembelit…ramai cakap sembelit bila menggunakan susu berasaskan soya..so,susu pe yg sesuai ni..??

    • Tu mmg tande ank awk alergik ssu lmbu,klu xtkr nti kpale die bkerak n ruam stu bdn.tkr isomil or any susu soya.

  20. beriadhah dapat menyihatkan badan …rasulullah dan isteri pun beriadhah so xde alasaan kita org pompuan beriadhah …

  21. nursoy mmg ok [ setakat pngalaman saya ], sebab anak saya tak mahu sentuh nasi tapi berat dia menjadi2 dgn susu tersebut….tp saya sdg cr jenama susu soya yg lain sebab lama sgt dia gunakan susu nusoy….skang anak saya 16bulan dan hampir setahun lebih guna produk tu…

  22. anak sy umur 2taun..sebelum ni die susu bdn pastu sy tukar susu formula(susu lembu).sjak tukar susu ni ezema die makin truk..gatal seluruh badan..so susu ape yg sesuai utk anak sy?hrp dpt bantu..

  23. saya amat risau skrg..adakah betul susu soya tak bagus utk masa jangka yg panjang..ank saya baru start minum susu soya isomil sbb dia ekzema..so far ok..najis pun ok sbb saya bagi dia minum air suam..tp cumanak thu adakah susu soya tak bagus utk masa jangka yang panjang..

    • ank niza mnum isomil ok ke ezema die?ank sy pun ezema tp xtau nk bg mnum susu pe skang ni..isomil plus ok x?

      • anak sy ekzema juga..doc soh tkar issomil..sy try 2 hari je trus hilang semua merah di badan dia..gebu je kulitnya..tp tahan sebulan je..kemudian dh jd balik..sy pun dh buntu..kesian pada anak gatal2 badan dia bila pnas..

  24. Saya beri anak saya Mamex Gold Soya Step 2… tapi Step tu tu utk 6-12 bulan je… so far sejak minum Mamex dia x cepat kembong dan cirit birit seperti minum isomil sebelum ni… yang jadi masalah setahun ke atau x tahu nak bagi susu apa sbb Mamex Gold Soya sampai Step 2 je……

  25. anak saya baru nk msk 2 bln mengalami kahak n batuk, sblm ni die minum susu bdn n Enfalac A+ tp bl jmp doktor, doc kate xde kahak n mgkn die alah susu lembu n doc sarankan NAN HA,bagus x NAN HA tu ek…..susu ape yg sesuai selain susu soya?

  26. my baby nak masuk 11 bulan dah.ekzema truk. byk sgt alahan..minum susu bdn dan s-26..tp doc srh tkar yg berasaskan soya..demi nk kulit dia ok sy pn beli la mamex gold..tp dia xnk ler..mcm xsedap je ada ke jenama lain yg sedap..

  27. aslkm.. just nak berkongsi..
    anak saya 5 bln, masih menyusu badan.
    semasa berusia 4 bln, saya belikan susu Dumex ( badan kemerahan) susu ammum ( muntah2) susu enfalac ( xmahu minum ), rupanya dia alah susu lembu, dan saya belikan ISOMIL,alhamdulillah… badan dia dapat menerima dengan baik. Itupun just untuk topup jika stok susu badan di rumah pengasuh xcukup.
    3 hari lepas anak saya dimasukkan ke wad kerana ciri birit hingga berdarah, puncanya kerana makan nestum beras Nestle. Hampir 5 hari dia cirit,kesian..
    Sekarang just bagi kuih Qasidah jer (tepung beras+gula+garam+air).. :) belum pun masuk wad berat dia dah 8kg, skrg ni dah bertambah 100gram lagi…

  28. Salam,,saja nak kongsi..my bb umo 7 bln..ada eczema,,slalu gatal2..biase nya time nk tdo..peluh sket pon abis die garu smpai luka tlinga nga muka die..dah bg die minum susu soya isomil tp xde perubahan sgt..sblm ni bg dutch lady je..doc sarankan susu soya..so sy tukar isomil rumusan khas..ade ape2 cadangan x.kesian la tgk baby ayik gatal2 je..

    • salam, nak berkongsi pengalaman. anak sy br berusia 6 bln dan berat bdn nye cume 5.5 kg. baru2 ni. sblm ni dia minum susu lactogen n tukar ke dutch lady. dia alami demam+batuk+selsema yg agak teruk. sy ke klinik dan doktor sarankan minum isomil. cuma doktor tak ckp pula berkenaan ngan eczema….

  29. haii..saye nak tye baguskah susu prosobee untuk ekzema?

  30. salam..sape tau susu ape yg sesuai untuk ank sembelit ni..now i gna isomil..tp dia lom berak lg sejak isap susu tu masuk ni da 3 hari…sblm gna isomil i bg lactogen then dutch lady…sembelit gak..now tgh tggu isomil pnye najis..hope dia x smbelit la..

    • salam airess..dr lahir anak sy mnum enfalac..mmg serasi dgnnya..tp bila dh stat mkn masa 7, 8 bl ank sy selalu sembelit..sy pegi pakar doc suggest susu novalac IT, mmg untk sembelit..alhamdulillah smpai skrg dah ok..tp skrg sy dh tak pkai lg susu tu sbb anak sy ekzema pula..sape yg ada mslh ank ekzema blh kongsi susu dan rwtn terbaik..sy dh try soya isomil..sebulan je kulitnya gebu..lps tu jd balik merah2 di badan..

    • susu frisolac comfort rumusan bayi khas

      • Baby sy 8 bln. Dia smbelit. Dh bg novalac IT tp skrg timbul bintat merah pd bdn. Skrg tukar frisolac gold. Masih sama kuar bintat merah di bdn. So susu ape yg sesuai utk atasi mslh sembelit dan bintat merah di bdn?

      • cuba dila guna susu frisolac comfort bukan frisolac gold. Sebabnya SUSU FRISOLAC COMFORT ni memang berasaskan soya. Cuma susu ni susah sikit nak dapat. Kalau di kuantan yg saya tau ada jual susu ni dekat klinik pakar kanak-kanak Ang dan butik Manjaku

  31. kalau baby alahan dgn susu lembu DAN susu soya macam mana ye? ibu dah tak mampu nak bagi susu badan

  32. salam,ank sy umur 6 bln n dia mnum susu issomil tp mslahnya dia sembelit de x susu soya jenma lain

  33. salam,anak sy pun mnum ssu isomil rumusan khas soya 2,bru je 8 bln..tp bru2 ni cek kat kkm x de pun status susu nie selmat diminum ke x r bebas dri melamin..n 1 lg status halalnye cm x de..dh risau coz bg die mnum dh lme since die umur 2 bln lg..ssu pe yg halal n berasaskan soya ni?ari 2 bg mnum ssu lembu pas 2 muntah teruk smbil g emergency..

  34. ank sy 3 bln 3 minggu…x de ape2 mslh…cuma susu badan dah x mencukupi…saya mula bg dia isomil dah 3 hari…dia boleh terima…cuma dia jd kurang buang air besar berbanding masa minum susu bdn asyik membuang…kalau dia x de alahan susu lembu patut ke sy teruskan dgn susu soya ni……

    • klu x de alahan susu lembu baik bgi je susu tepung biase,isomil klu bby alah susu tepung…

  35. salam…anak saya mmg elergik susu lembu, n since umur 3bulan minum susu novalac it..alhamdulillah susu tu sesuai dengan anak saya. masalahnye sekarang badan die susah nk naik, sebulan naik berape gram je..ada cuba sulamkan dengan susu lain cth: anfalac, anmum etc…try2 tapi terus elergi die datang balik.susah hati tgk badan die xnaik2…any suggestion utk susu lain x?

    • Salam. Setahu saya, susu novalac IT tak bagus utk penggunaan berterusan. Sebab susu tu khas utk baby yg ada masalah sembelit. Bila baby dh tkde masalah sembelit dah blh stop susu tu n try comsume susu lain. Sebab nya susu novalac it tu tkde khasiat yg mcukupi mcm susu lain, hanya khas utk baby sembelit je.

  36. bby sy dr umo 5 bln mnum isomil rumusan khas ok jer pas 2 msok je stahun tkr lak isomil plus tp jd sembelit plak pas 2 g clinik doc suggest tkr susu brand lain tp y soya base gak coz bby i ni alergy susu lembu dr umo 3 bln lg.. pas 2 try nursoy pon jd sembelit gak…pas 2 tkr enfalac prosobee ni msih gak sembelit.skunk ni still lg mnum enfalac ni coz x tau da nk tkr brand ape y soya base…..g kat specialist doc cme bg ubt lactul je sjnis ubt untuk cairkan najis tp smpai bile nk bg ubt ni coz die still bby lg…bby smbelit nangis2 smpai kuar darah…x brani nk try susu y lain coz bby klu silap mkn mknan y ade susu lembu(wlaupon skit) bby akn muntah smpai bdn lembik…. da 8 kali msok ward….klu sape2 bley suggest jenis2 soya base selain dr isomil,enfalac n nursoy nie?

    • cuba linmelody bagi susu frisolac comfort. Susu ni memang berasaskan soya. Saya pun Dr yg syorkan.

      • Tapi sy baca kt label ada ramuan susu lembu…confuse la..please bgtahu sy…

  37. nk tnye selain isomil soya,brand ape lgi yg ade susu soya?

    • susu frisolac comfort yg berasaskan soya. susu ni sesuai utk anak yg ada masalah sembelit, alahan pada kulit,perut kembung dan alah dengan susu lembu. Alhamdulillah susu ini sesuai dgn anak saya. Anak saya pernah cuba minum isomil tp sembelit jadi Dr syorkan kepada frisolac comfort. Kalau anak kembung pula cuba guna minyak daun TYT.

      • along…skg anak minum susu ape lepas umur setahun?

  38. susu frisolac comfort sangat baik bai baby yg ada masalah sembelit,muntah2 dan kembung perut.Saya sudah menggunakan susu ini hampir 1 tahun 2 bulan bagi baby saya yang mengalami masalah alahan pada susu lembu.

  39. Salam, nak kongsi pnglmn pnjagaan anak eczema. Selain dr tukar susu soy based @ HA (rasa susu ni x sdp byk budak x mo), pjagaan kulit harian anak gak pntg. Sya guna cetaphil gentle skin cleanser waktu baby mndi & polytar sbgai syampu utk kerak di kpala. Klau anak dah besar sket bley tkr krim mndian tu dgn sabun dove. Lps mndi apply cetaphil moisturisg cream @ vaseline intensve care (murah sket) tp mlekit. Vaseline tu sya ltk kat lipatan lengan & kaki spaya kekal lmbab coz takut mrekah & luka kalau kering sgt. Lg satu klu rashes tu tgh naik dr sarankn guna aircond spaya sejuk & x bpeluh. Msa baby sya 10 hari lg kami dah guna aircond & baby kurang merengek..

  40. ssh nak cr susu frisolac comfort.. katne ade jual? anak sy sembelit. gi columbia doc pakar suggest susu nie. sm ke dgn susu frisolac gold??

    • frisolac gold tu lain.cuba awk cri kedai manjaku ataupun farmasi.
      anak sy sblum ni minum isomil.tp masalah sembelit lak.skg dh tukar frisolac comfort.alhamdulillah berak die ok n tk de masalah kulit.suka sangat ank saya minum frisolac comfort.skg ni die 4bln lbih.sy bli susu tu kt manjaku.

      • Tapi sy baca kt label ada ramuan susu lembu…confuse la..please bgtahu sy…

  41. Anak sy bru masuk setahun kena sembelit smpai darah.puas dh cuba mcm2..mane satu bgus susu soya ke susu kambing?


Komen Anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: