Dalam Islam hak mendapat kehidupan bagi si anak merupakan hak anak yang tidak boleh diganggu dan disekat. Hak hidup itu juga bererti menjadi kewajiban orang tua memelihara dan memberi bekal ilmu kepada anak sehingga anak itu boleh berdikari. Firman Allah swt:
“Kalau mereka itu (bekas isterimu) menyusukan anakmu maka berilah upah mereka”.
(Surah At-Talak : 6)
Dalam ayat yang lain Allah swt menerangkan:
“Janganlah seseorang itu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang bapa kerana anaknya dan waris pun berkewajiban demikian”.
(Surah Al-Baqarah : 233)
Dari sebuah hadith yang diterangkan oleh Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Hindun pernah bertanya: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian (suami Hindun) seorang lelaki yang sangat bakhil. Ia tidak pernah memberi belanja kepadaku yang dapat mencukupi diriku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya itu, sedangkan ia tidak mengetahuinya”. Kemudian Rasulullah saw menjawab: “Ambillah apa yang sekiranya boleh mencukupi dirimu dan anakmu dengan cara yang makruf”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan dalil-dalil di atas ternyata seseorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat:
1. Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau sehinga ia ada pekerjaan.
2. Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.
3. Bapa itu mampu memberi nafkah.
Apabila anak itu telah baligh dan boleh berdikari maka bapa tidak wajib lagi memberi nafkah untuk anak itu. Begitu juga jika anak itu mempunyai harta sendiri meskipun dia masih kecil maka bapa tidak wajib memberi nafkah kepada anaknya. Pendapat itu adalah sepakat Fuqaha.
Kadangkala terdapat sepasang suami isteri mengambil anak angkat. Persoalan yang timbul ialah kedudukan nafkah anak angkat jika ibu bapa angkat itu bercerai. Yang Arif Pemangku Kadi Besar Wilayah Persekutuan Haji Yahya bin Darus (pada masa itu) ketika memutuskan kes Rokiah lwn Mohamed Idris (1986, Jld. VI, 2 J.H.) menyatakan anak angkat tidak berhak mendapat nafkah dengan alasan firman Allah swt:
“Panggillah nama-nama mereka, anak-anak angkat itu dengan panggilan bapa-bapa mereka itu adalah lebih baik di sisi Allah”.
(Surah Al-Ahzab : 5)
Dengan bertukar binnya itu bererti tidak tertanggunglah ke atas bapa angkat nafkah itu. Walau bagaimanpun dalam kes Rosnah lwn Ibrahim (1979, Jld. 1, 2 J.H.) Yang Arif Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes itu menyatakan anak angkat berhak mendapat nafkah daripada bapa angkatnya selepas perceraian ibu bapa angkat itu kerana anak angkat itu diambil dengan persetujuan ibu bapa angkat itu. Anak angkat itu diambil ketika berumur satu hari.
Posted by: Fathi Yusof | Ogos 10, 2007
Hak Tuntuan Nafkah Anak Lepas Bercerai
Dikirim dalam Fikah Mudah, Undang-undang
salam..
saya ad kemusykilan,adik saya 25tahun,24 thn,19thn masih belajar dan mendapat biasiswa jpa,ptptn,biasiswa kerajaan.adakah masih layak diberi nafkah oleh si ayah?ayah saya langsung xberi nafkah dgn alasan adik2 saya dah dpt bantuan kewangan..
By: ayu on November 19, 2010
at 7:09 pm
Assallammualaikum. Saya ingin bertanya pasal hadhanah. Anak lekaki saya warganegara malaysia yg berumur 10 tahun . Sedangkan saya warganegara Indonesia. Status perkawinan saya cerai fasakh sbb ex suami tinggalkan kami macam tu jer. Yg saya nak tanya. Dapatkah hak jaga anak jatuh ke tangan saya sbb saya menjaga anak saya dari kecik. Sampai la nasib kami mcm ni. Apa 2 saja borang yg kena saya siapkan utk fight kat mahkamah . Sbb saya x der lawyer
By: Dian on September 6, 2015
at 7:36 am