Oleh: Abi Muslih & Mama Farhah
Tangisan pertama si anak yang baru keluar bertemu alam dunia, memberi makna besar kepada ibu. Seorang ibu, juga bapa tentunya mengukir senyum gembira tatkala melihat anak yang ditunggu-tunggu lahir ke dunia. Namun di sebalik kegirangan itu terselit tanggungjawab yang mula terpikul oleh bapa dan ibu. Tanggungjawab yang bermula sejak saat kelahirannya itu, perlulah dipikul berbekalkan pedoman wahyu.
Islam agama yang maha hebat. Ia menerangkan dengan terperinci tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyambut kelahiran anak Langkah-langkah ini tentunya terlukis melalui gerak laku Baginda Rasulullah SAW sekalu pendidik terulung sepanjang zaman.
Dalam perbincangan yang lepas, kami telah menyentuh soal mendidik anak dalam kandungan dan memilih nama anak yang baik. Begitu juga cara mengelakkan kesilapan dalam memilih nama. Tentunya menamakan anak itu antara perkara awal yang dilakukan. Namun ada lagi tindakan lain yang perlu dilakukan segera, sebaik sahaja anak muncul di alam dunia. Dalam posting ini dan beberapa posting berikutnya, kami insyaallah, akan kemukakan melihat beberapa langkah penting dalam tempoh segera selepas kelahiran. Ini termasuklah soal azan, iqamah, tahnik, aqiqah dan seumpamanya.
Syukur dan memberitakan kelahiran
Jika ditanya kepada seorang bapa, atau ibu, apakah antara peristiwa yang manis dalam hidupnya, tentu antara jawapannya ialah ketika dia menyambut kelahiran anak. Kegembiraan menyambut kelahiran anak adalah antara kemuncak kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Perasaan girang, syahdu dan tenang akan membelai hati apabila mendapat berita kelahiran, apa lagi selepas memandang dan memeluk anak buat kali pertama.
Kegembiraan ini tentunya perlu disandarkan kepada syukur yang melimpah kepada Allah. Syukur atas nikmat dan rekezi anak kurniaaanNya. Syukur di atas keselamatan nyawa dan kesihatan anak dan ibunya. Syukur atas kehilangan rasa runsing, dan syukur atas segalanya. Ibu dan bapa perlu ingat bahawa Allah menjamin akan menambahkan nikmat kepada hamba-hambanya yang bersyukur.
Selepas itu, bapa janganlah lupa memberitakan khabar gembira itu kepada keluarga, dan rakan-rakan. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali untuk berbanga-bangga. Tapi, atas semangat agama yang menganjurkan agar kita memberitakan nikmat kepada orang lain. Memberitakan nikmat adalah sebahagian dari bersyukur. Secara tidak langsung, mereka yang menerima berita dapat mendoakan buat kita dan turut melafazkan syukur kepada Allah.
Inilah tindakan pertama. Tindakan-tindakan lain akan kami kemukakan dalam posting berikutnya…
[…] August 27, 2007 Posted by Abi Muslih in Umum. trackback Dalam paparan yang lalu kami ada kemukakan langkah pertama bagi menyambut kelahiran iaitu menyatakan rasa bersyukur. Syukur perlu dirasakan dan diluahkan oleh […]
By: Menyambut kelahiran anak 2: Galakan ucapan tahniah atas kelahiran bayi « Abi Muslih & Mama Farhah on Ogos 27, 2007
at 7:48 am
[…] Sambut Kelahiran Anak: Syukur dan Hebahkan […]
By: Nama-nama bayi Islam yang baik, buruk dan yang melucukan « Abi Muslih & Mama Farhah on Februari 1, 2008
at 3:22 am
baguslah web ni
sesuai unt semua jns glngn
sy hrp apa yg dnyata adlah btl
TQ abimuslih mamafarhah
apa maksud nama2 ni
FATHIYATUL SYIFA’=
ARIEF HAQIMIE=
JAHIZAH JABARULLAH=
tlg brkn jwpnsecpt mungkin
By: JAIJA on Mei 27, 2008
at 5:17 pm
Thanks!,
By: Umrobjjh on Disember 14, 2008
at 1:32 am
x sabar nak menunggu kelahiran bayi pertamaku…emmmmm
By: hamba allah on Mac 31, 2009
at 1:26 pm
apa makna nama Ardhanea
By: flyguy on September 2, 2009
at 12:03 pm
Yang cantik seperti ibunya… hehee…
By: Tanpa Nama on September 2, 2009
at 1:38 pm
[…] kelahiran anak anda? Bagaimana anda disambut dulu-ketika lahir? Adakah mengikut cara Islam?) Sambut Kelahiran Anak: Syukur dan Hebahkan Galakan Ucapan Tahniah Atas Kelahiran Azan dan Iqamah ke Telinga Bayi Sambut Kelahiran Dengan […]
By: Persediaan untuk Ayah & Ibu yg bakal mendapat cahaya « its me slanzanegger on November 27, 2010
at 2:06 pm
[…] kelahiran anak anda? Bagaimana anda disambut dulu-ketika lahir? Adakah mengikut cara Islam?)Sambut Kelahiran Anak: Syukur dan HebahkanGalakan Ucapan Tahniah Atas KelahiranAzan dan Iqamah ke Telinga BayiSambut Kelahiran Dengan […]
By: Persediaan untuk Ayah & Ibu yg bakal mendapat cahayamata « uTusan yang mulia on Mac 12, 2012
at 11:51 pm